SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BOSS SK AYER TAWAR

Buletin BOSS

TAHNIAH !!
TEMPAT KE-5 PENGURUSAN SPBT CEMERLANG 2015


Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung

Friday 1 July 2011

Johan Pengurusan Bilik Operasi SPBT (BOSS) Peringkat Negeri Perak 2011


Alhamdullillah dan syukur kepada Allah SWT kerana Sekolah Kebangsaan Ayer Tawar telah menerima menjadi Johan Pengurusan Bilik Operasi SPBT (BOSS) Peringkat Negeri Perak 2011.

Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung pada 28 Jun 2011 bertempat di Dewan Ramli Ngah Talib, Marina Island Resort. Anugerah ini disampaikan oleh Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kepada Pn. Hamidah bt Mahmud (Guru Besar SK Ayer Tawar) pada majlis tersebut.


Tahniah pihak admin BOSS ucapkan kepada seluruh warga SKAT atas usaha ini. Tahniah sekali lagi.

PEMANTAUAN DARI PEGAWAI SPBT JPN

Gambar kenangan bersama Pegawai Penyelia SPBT JPN dan Pegawai SPBT PPD Manjung

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini pihak sekolah telah menerima kunjungan dari Pegawai Penyelia SPBT JPN dan Pegawai SPBT PPD Manjung bagi memantau pengurusan Bilik Operasi SPBT  Sekolah.

Kunjungan Pn. Ruziah bt Ab Majid dan Pn. Saodah bt Abas amat dihargai. Segala maklumat yang disampaikan dan penambahbaikkan yang diberi akan dimurnikan lagi selepas ini.

Berikut adalah beberapa memori bersama pegawai yang memantau. 


Pn. Ruziah sedang membuat pemantauan