SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BOSS SK AYER TAWAR

Buletin BOSS

TAHNIAH !!
TEMPAT KE-5 PENGURUSAN SPBT CEMERLANG 2015


Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung

Thursday 17 September 2015

MAJLIS ANUGERAH PENGURUSAN SPBT CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH : 4-6 SEPTEMBER 2015
TEMPAT : FLAMINGO HOTEL, AMPANG, KUALA LUMPUR

AKTIVITI : MELAWAT MUZIUM BANK NEGARA


TAHNIAH !!!!
BOSS SKAT TEMPAT KE-5 KEBANGSAAN


BERSAMA SJK(T) TAPAH . JOHAN KATEGORI SJK(T)
BERSAMA SK CHABAU - JOHAN KATEGORI SK

 

LAWATAN KE MUZIUM BANK NEGARA


 PENYERAHAN HADIAH DAN SIJIL YANG DITERIMA KEPADA
PK HEM DAN PK KOKURIKULUM PADA PERHIMPUNAN PAGI 07 SEPTEMBER 2015



Wednesday 20 May 2015

PEMANTAUAN BILIK BOSS PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH : 20 MEI 2015

PEGAWAI PEMANTAU : 

HUSZIATINI BINTI HUSSIN
PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN BUKU TEKS
KPM

MAS AYU BINTI DAHALAN
KETUA UNIT ZON TENGAH
SEKTOR SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
KPM

















Sunday 17 May 2015

Selamat Hari Guru 2015


GURU
ialah
Dian kerdil memberi suluh pencarian
Pendidik yang menerima kepayahan
Demi kesenangan anak didik masa depan

Dialah
Penekun tabah mengukir waktu
Pengajar bermandi keringat
Dalam debu dan batu-batu

Thursday 7 May 2015

Motto Baru Bilik BOSS



Sayangi Buku Manfaat Ilmu

motto ini diletakkan di atas sekali pada logo bilik BOSS.


Tuesday 5 May 2015

Pengertian Buku Teks



UNESCO
A textbook is a book which an exposition of generally accepted principles in one subject,  intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil-book-teacher situation.


Cambridge International Dictionary of English
A book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject.


Altbach (1987)
Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national policy in many countries.


Gopinathan (1983)
Buku teks ialah alat yang digunakan secara      meluas dalam bilik darjah walaupun terdapat  pelbagai alat bahan bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa ini.


Dent (1955)
Buku teks ialah alat perniagaan yang penting dan sukar diganti dengan alat lain


Peraturan Bilik BOSS

PERATURAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH(BOSS)
1.Sila tanggalkan kasut anda sebelum masuk ke Bilik BOSS.
2.Berbaris dengan teratur semasa menerima buku dan semasa kembali ke bilik darjah.
3.Guru kelas atau guru SPBT mengiringi murid ke Bilik BOSS.
 
4.Mematuhi jadual baik pulih yang telah disediakan.
5.Dilarang membawa masuk sebarang makanan dan minuman ke Bilik BOSS.
6.Jaga kebersihan dan keceriaan Bilik BOSS.
7.Dilarang membawa keluar buku dan cd tanpa kebenaran guru SPBT.
8.Sebarang urusan dengan guru SPBT hendaklah diakukan pada waktu rehat. 
9. Mematuhi arahan guru dan pengawas BOSS.

Thursday 30 April 2015

BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)

Pengenalan

Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Tuesday 28 April 2015

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Matlamat Pemberian SPBT
  • Meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
  • Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah diperkenalkan sejak tahun 1975 kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Skim ini bertujuan memastikan murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerima kemudahan pinjaman buku teks. Pada tahun 1983, SPBT telah diperluaskan ke Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Pengukuhan SPBT telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2008 dengan menyediakan kemudahan pinjaman percuma kepada murid tanpa mengira status sosio ekonomi selaras dengan kehendak masyarakat yang bersesuaian dengan dasar SPBT itu sendiri.
Kini Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan pembaharuan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menerbitkan CD-ROM pada setiap keluaran buku teks. CD-ROM tersebut mengandungi teks, ilustrasi grafik, animasi, audio, video, multimedia interaktif dan aktiviti interaktif termasuk simulasi, permainan komputer dan ujian (penilaian) interaktif. Ia juga dilengkapi dengan bku catatan elektronik yang dikenali dengan e-journal sebagai alat komunikasi. Selain menerbitkan buku teks yang menepati kehendak kurikulum dan berkualiti tinggi, usaha telah diambil untuk memastikan pakej buku teks yang diterbitkan sesuai untuk kumpulan sasar dan membantu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Setiap murid juga diberi peluang untuk menggunakan CD-ROM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.


Monday 27 April 2015

PEMANTAUAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS)

TARIKH : 16.04.2015 (KHAMIS)
PEGAWAI PEMANTAU : PN RUZIAH BINTI AB MAJID
JAWATAN : PENYELIA SPBT JPN