Matlamat Pemberian SPBT
- Meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
- Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah diperkenalkan sejak tahun 1975
kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Skim ini bertujuan
memastikan murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerima
kemudahan pinjaman buku teks. Pada tahun 1983, SPBT telah diperluaskan
ke Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Pengukuhan SPBT telah
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2008 dengan
menyediakan kemudahan pinjaman percuma kepada murid tanpa mengira
status sosio ekonomi selaras dengan kehendak masyarakat yang bersesuaian
dengan dasar SPBT itu sendiri.
Kini Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
memperkenalkan pembaharuan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran
dengan menerbitkan CD-ROM pada setiap keluaran buku teks. CD-ROM
tersebut mengandungi teks, ilustrasi grafik, animasi, audio, video,
multimedia interaktif dan aktiviti interaktif termasuk simulasi,
permainan komputer dan ujian (penilaian) interaktif. Ia juga dilengkapi
dengan bku catatan elektronik yang dikenali dengan e-journal sebagai
alat komunikasi. Selain menerbitkan buku teks yang menepati kehendak
kurikulum dan berkualiti tinggi, usaha telah diambil untuk memastikan
pakej buku teks yang diterbitkan sesuai untuk kumpulan sasar dan
membantu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Setiap
murid juga diberi peluang untuk menggunakan CD-ROM bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.