Pengenalan
Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah
menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan
juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.
Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek
yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan
sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau
jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh
masa yang lebih panjang.