SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI BOSS SK AYER TAWAR

Buletin BOSS

TAHNIAH !!
TEMPAT KE-5 PENGURUSAN SPBT CEMERLANG 2015


Terkini - Pejabat Pendidikan Manjung

Sunday 17 May 2015

Selamat Hari Guru 2015


GURU
ialah
Dian kerdil memberi suluh pencarian
Pendidik yang menerima kepayahan
Demi kesenangan anak didik masa depan

Dialah
Penekun tabah mengukir waktu
Pengajar bermandi keringat
Dalam debu dan batu-batu

Dialah
Manusia kecil yang sering memberi
Apa yang kita tidak tahu
Menafsir rahsia ilmu
Yang tertulis dengan bahasa kalbu

Guru laksana ombak
Tak jemu-jemu mendambai pantai

Guru bagaikan suara air di gua
Tekun titis lembut membelah batu.

Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa
Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris

No comments:

Post a Comment